Palanquinn

Mahu rasa nostalgia sebelum Merdeka di Penang? Jika ya, Palanquinn Penang ini memang ngam sangat.

Dibina di dalam bangunan lama yang dikekalkan seninya, hotel ini terkenal dengan biliknya yang luas dan selesa. Untuk mereka yang sukakan sejarah dan senibina, mahukan hotel kecil yang santai, serta mahu melihat tarikan Penang dengan mudah, Palanquinn adalah antara hotel terbaik yang ada.

Akan tetapi, jika anda mahukan hotel dengan kelengkapan yang lengkap dan moden, ini bukan tempat yang sesuai untuk anda.

Yang Baik

  • Bilik luas, siling tinggi
  • Suasana kolonial, bilik ada karakter tersendiri
  • Dekat dengan kawasan beli belah/makan di Gurney

Yang Buruk

  • Bilik bising pada waktu pagi (kerana kenderaan di jalan)
  • Agak sukar dicari

Harga Bilik

RM170 (~$41.68) – RM250 (~$61.3)

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami