Pantai Batu Feringghi

Pantai Batu Feringghi ini adalah tempat wajib tuju bila anda datang ke Pulau Pinang.

Pasirnya putih, lautnya tenang dan aktiviti pantainya pelbagai. Itu cukup sebagai sebab mengapa pantai 15 km dari bandar ini ideal untuk anda datang bersantai.

Airnya mungkin sedikit keruh. Akan tetapi jika anda hanya mahu merasa bayu laut atau melihat anak-anak kecil menjerit seronok, ini adalah antara tempat berehat terbaik di pulau ini.

Yang paling bagus lagi, tempat ini percuma.

Tips Pengunjung

1. Bosan berehat di tepi pantai atau mandi manda? Ada banana bot, payung terjun atau kuda untuk anda tunggang.

2. Jika anda datang pada waktu petang, tunggu sehingga malam. Selepas anda layan matahari terbenam, anda boleh terus ke pasar malam Batu Feringghi.

3. Walaupun ia dekat dengan pantai, tidak semua penginapan di sini mahal. Cari hotel di seberang jalan untuk bilik yang lebih murah.

4. Kalau anda hanya ingin mandi manda dengan selesa, datang awal pagi.