Pantai Blue Lagoon

Pantai ini tidak sepopular pantai Teluk Kemang. Dan itu berita baik untuk semua.

Gambar : Ultimatekldevil

Pantai Blue Lagoon atau pantai Tanjung Biru ini adalah antara pantai yang paling kurang sampah di Port Dickson. Dan jumlah pengunjung juga tidak sebanyak pantai no. 1 PD itu.

Tapi jika anda ingin mandi, ia mungkin kurang sesuai. Bukan apa, pertama, seperti kebanyakan air laut PD, airnya kelihatan kotor. Dan kedua, kawasan pantainya landai. Jadi anda perlu berjalan jauh ke tengah untuk mandi.

Tapi kalau anda hanya mahu berehat dengan aman sambil melayan angin di tepi pantai, ini antara tempat yang baik.

Tips Pengunjung

  1. Untuk mandi anda kena datang petang. Pertama, sebab ianya kurang panas. Tapi, yang lebih penting, pada waktu ini air pasang dan anda tidak perlu pergi jauh ke tengah.
  2. Tempat letak kereta terhad.

Peta Ke Sini