Pantai Cenang

Tempat menarik Langkawi ini khas untuk anda tengok senja berlabuh, shopping souvenir atau makan-makan.

Gambar: Earnest Chiang

Pada waktu air surut, ombak di Pantai Chenang tidak kuat.

Dan disebabkan pantainya yang landai dan luas, anda dan keluarga boleh ambil angin atau mandi dengan selesa.

Sama seperti kebanyakan pantai lain, anda boleh saja menaiki para sailing, jet ski dan lain tarikan air kalau duit bukan masalah.

Malangnya, tempat ini sesak dengan kedai & manusia. Jadi anda mungkin mungkin tidak dapat melihat jalan masuk ke pantai dari jalanraya.

Nak Tidur Di Cenang?

Suka tengok ombak dan dengan bunyi laut? Anda boleh saja menginap di banyak hotel yang ada di sini.

Kelebihan tidur di Cenang ialah anda juga tidak perlu berjalan jauh. Bila lapar, tempat makan ada merata. Dan sebelum balik, mencari cenderamata pun senang.

Satu saja yang anda kena tahu. Harga makanan dan bilik di Cenang lebih mahal dibandingkan dengan di bandar Kuah.

Apa Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi

Layan kedai makan sedap Langkawi

Hotel terbaik pilihan kami