Pantai Desaru

Pantai Desaru sepanjang 22 km di Johor ini bukan terkenal kerana airnya yang jernih atau pantainya yang indah, tetapi kerana ombaknya yang kuat.

Gambar : Thai Surf Rider

Ini adalah antara pantai di Malaysia yang sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari sukan surfing (luncur air) kerana ombaknya lebih besar dari mana-mana pantai di negara ini.

Jika anda datang dengan keluarga, selain mandi manda anda juga boleh menunggang kuda, berkayak atau melakukan aktiviti windsurfing.

Waktu Ombak Tinggi

Ombak di sini tinggi sekitar Disember ke Februari. walaupun ia ideal untuk mereka yang sukakan luncur air, ia berbahaya untuk mereka yang tidak tahu berenang. Jika anda merancang ke sini dengan keluarga, jaga anak-anak anda.

Monsoon Mayhem

Pada awal Januari setiap tahun, pantai ini penuh dengan kaki surfing yang mengambil bahagian dalam acara tahunan yang dipanggil Monsoon Mayhem.

Datang dan bawa keluarga anda jika anda ingin menyaksikan suasana dunia surfer yang jarang ada di negara ini.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB