Pantai Tanjung Aru

Jangan balik sebelum ke Pantai Tanjung Aru

pantai tanjung aru kota kinabalu

Kota Kinabalu memang istimewa. Antara sebabnya ialah adanya Pantai Tanjung Aru yang dekat dengan pusat bandar.

Kalau anda datang KK, jangan balik sebelum anda rasa angin laut bandar ini. Apa lagi yang seronok dari tengok senja berlabuh, sambil santap lauk sayap ayam dan rasa sejuk jus buah di tangan?

Apa Bestnya Pantai Tanjung Aru?

Ini pantai paling popular di Kota Kinabalu. Dan ia penuh dengan gerai makan. Jadi selain seronok tengok pemandangan, perut anda juga seronok dibuai makanan.

Pasirnya pun halus, dan kawasannya landai. Jadi anak-anak pun bebas berlari. Cuma sayangnya, air di sini tidak sebersih kawasan pantai Aru yang lain (seperti di Shang Ri La Tg Aru). Antara sebabnya ialah air longkang dihala terus ke kawasan ini.

Jadi jangan mandi — melainkan kalau kulit anda tebal & kebal.

Nota

  1. Harga makanan dan minuman di sini mahal. Jangan buat muka terkejut nanti.
  2. Suasana matahari terbenam di sini memang cantik. Pastikan bateri kamera anda penuh sebelum datang.
  3. Matahari terbenam sekitar 5:30 petang ke atas. Ya, memang awal. Ini Kota Kinabalu, bukan Semenanjung ya?

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit