Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang tidak akan menang sebarang anugerah pantai terbersih. Tapi ia masih pantai paling popular di Port Dickson.

Jika ke Port Dickson, inilah pantai yang turun-temurun popular untuk anak-anak berseronok.

Airnya keruh, jadi untuk mandi-manda ianya kurang ideal. Akan tetapi untuk mereka yang berkeluarga, disebabkan ombaknya tidak ganas dan pantainya agak landai, ia adalah antara kawasan pantai yang selamat untuk anak kecil.

Apa Yang Boleh Dibuat di Pantai Teluk Kemang

Selain main pasir, ada jet ski dan banana bot untuk anda cuba. Kalau anak anda tidak mahu ke laut, ada kuda kerdil yang boleh mereka naik.

Oleh kerana pantai ini lengkap dengan tandas dan banyak warung-warung untuk makan dan minum, ia memang tumpuan ramai. Jadi kalau datang semasa cuti sekolah, bersedialah untuk bersesak sedikit dengan pengunjung lain.

Gambar : Nasibinbuhazim