Pasar Filipina

Tidak sah ke Kota Kinabalu jika tidak ke pasar mutiaranya. Dan antara tempat popular untuk anda mencari mutiara sebelum pulang ialah di Pasar Filipina.

Kredit: Ikmal Noordin

Peniaga di sini rata-ratanya berbangsa Filipina, jadi jangan terkejut jika anda rasa seperti di Manila.

Selain mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang.

Tapi awas. Bawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi dari di Semenanjung.

Kedai Makan Pasar Filipina

Di pasar ini juga ada gerai-gerai menjual makanan laut — dari udang galah yang dicucuk seperti sate sehinggalah kepada ikan air tawar seperti tilapia bakar. Dan peniaga-peniaganya cukup ramah memanggil anda masuk ke gerai mereka.

Namun begitu, jangan singgah di sini. Harganya tinggi dan makanannya tidak enak.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit