Pasar Gaya

Pasar Ahad di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Pasar Gaya ini adalah pasar pagi orang Sabah.

Kredit : John Tewell, Robert Tyabji

Menariknya, pasar tamu di tengah kota ini bukan sahaja menjual cenderamata seperti keychain, ukiran dan dan pelbagai barangan berasaskan laut untuk pelancong, akan tetapi ia juga menjual pelbagai haiwan — dari ikan dan kucing parsi sehinggalah kepada anjing.

Walaupun harga barangan di sini sedikit tinggi dari pasar lain di Kota Kinabalu, ia tetap menjadi antara tempat wajib tuju untuk mereka yang menginap di bandar ini.

Tips Pengunjung

Pasar ini dibuka dari pukul 6 pagi. Sekitar 8 pagi, ia sudah mula sesak dengan pengunjung tempatan dan asing.

Peta Ke Sini