Pasar Kea Farm

Kalau jalan tak sesak, singgah beli sayur, buah dan cenderamata dulu di pasar popular tepi jalan ini.

Gambar : The Star

Kalau anda datang pada hari minggu yang bukan waktu cuti sekolah, tempat ini tak sesesak mana. Tapi kawasan pasar tepi jalan ke Tringkap ini memang sesak dan jem kalau musim cuti dan hujung minggu.

Apa Yang Ada di Kea Farm

Ini mini Cameron. Kalau anda lapar, ada jagung bakar manis. Kalau anda suka bunga, banyak jenis bunga untuk dibawa balik. Dan kalau anda terasa mahu bersedekah sayur pada jiran, terlalu banyak pilihan yang boleh anda jumpa.

Senang cerita, kalau anda dalam perjalanan balik dan bonet masih kosong, banyak kaktus, strawberri, teh ataupun cenderamata seperti bantal peluk strawberri boleh anda beli di sini.

Cuma jangan seronok sangat sampai letak kereta sesuka hati di line kuning. Respek pengguna lain.

Satu lagi, ambil tahu dulu harga sayur sebelum membeli. Bukan apa, ada sayur yang harganya lebih murah di Mydin atau Tesco rumah anda.

Waktu Operasi

8:30 pg – 6 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit