Pasar Lok Kin

Untuk peminat barang terpakai dan antik, Pasar Lok Kin bukanlah satu tarikan yang asing di Ipoh, Perak.

Kredit: ernyfirdaus

Pasar yang diadakan hanya pada setiap hari Ahad ini adalah tumpuan penduduk Ipoh dan memang dinantikan kehadirannya setiap minggu.

Rata-rata yang datang awal ialah pengumpul barangan terpakai seperti kasut dan jam tangan lama. Mereka ini datang seawal 7 pagi, iaitu sewaktu banyak penjual sedang mengeluarkan barang mereka, untuk memastikan yang barangan terbaik tidak terlepas ke tangan orang lain.

Selain dari barangan tersebut, ada pelbagai barangan lain yang diselerakkan di atas jalanraya — dari kelengkapan rumah dan kereta hinggalah ke aksesori telefon dan ubat kuat.

Jika anda pengumpul setem lama, duit lama, barangan tembaga dan pelbagai barangan “collectibles”, jangan lupa datang ke Lok Kin.

Apa yang dianggap sesetengah orang sebagai pasar karat mungkin syurga beli belah untuk anda.

Tips Pengunjung

Datang seawal 8 pagi kerana tempat letak kereta terhad dan kerap sesak.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit