Pasar Malam Batu Feringgi

Jom jenguk Pasar Malam Batu Feringghi -- pasar malam yang dikatakan antara yang terpanjang di Malaysia.

Pasar malam Feringgi ini lain dari pasar malam biasa. Tak ada makanan atau bawang di sini.

Yang ada — cenderamata, pakaian serta aksesori wanita.

Harganya tidak murah. Peniaganya pula tidak semesra yang anda harapkan.

Kalau anda ingin menaiki beca atau mengurut kaki yang lenguh, tiada masalah. Anda bakal disapa oleh ramai tukang urut kaki di sini.

Tips Pengunjung

1. Banyak bersabar. Pertama sebab orang ramai, dan kedua sebab anda tidak boleh bergambar percuma. Papan tanda RM 5 untuk bergambar dipamerkan dengan jelas di kebanyakan kiosk niaga. Dan anda bakal lihat ramai pelancong luar yang di-pau hidup-hidup oleh peniaga.

2. Kalau anda ada anak kecil, lawat masuk ke restoran makanan laut di tepi jalan ini. Ada ketam Alaska, udang galah dan ikan hidup untuk mereka tengok.

Peta Ke Sini

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami