Pasar Malam Brinchang

Tidur di Brincang? Jom jenguk pasar malam paling sejuk di Malaysia

Gambar : Cavin Teo

Pasar malam ini hampir sama dengan apa yang ada di Kea Farm Cameron. Bezanya ada makanan goreng-goreng di tempat ini.

Jadi kalau anda pening mencari menu makan malam, jalan-jalan lah di sini. Mungkin ada aiskrim, mee goreng atau nasi ayam untuk anda cuba. Cuma seperti biasa, tempat letak kereta adalah masalah besar, dan kalau ada jem teruk bila hampir petang, ini mungkin sebab utamanya.

Nota

1. Pasar malam ini bukan lagi dekat dengan Star Regency Hotel. Ia dah bertukar ke Jalan Golden Hills ya?

2. Jaga-jaga beli makanan dari peniaga Indonesia. Selalunya taukeh mereka orang Cina, dan halal atau tidak itu bukan masalah mereka. Jadi untuk makanan, carilah peniaga Melayu.

Hari Operasi

Jumaat & Sabtu

Waktu Operasi

Dari 6 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit