Pasar Malam Sinsuran

Kalau nak menjamu selera malam-malam, layan dulu Pasar Malam Sinsuran.

Dianggap antara pasar malam terbaik di Asia Tenggara, Pasar Malam Sinsuran ini ada tiap-tiap hari. Nak jamu selera? Boleh. Nak tengok barang pelik etnik Sabah? Pun boleh.

Ia terletak di tepi laut dan di bawah deruan enjin kapal terbang. Jadi pasar ini memang luar biasa.

Kalau sudah ke pasar harian ini, carilah apa saja makanan — dari kuih sagu, belacan dan makanan laut sampailah makanan eksotik.

Dua Kawasan

Pasar ini terbahagi kepada dua kawasan. Ruang di sekitar pintu masuk penuh dengan gerai makan. Kawasan ke dua pula dipenuhi barangan basah, dari sayur dan cili kepada kepah dan ikan.

Gaya pasarnya mungkin sama seperti di Semenanjung, cuma suasananya berbeza — tambah-tambah lagi sebab di tepi laut.

Di sini, anda bakal berjumpa ramai pelancong Filipina dan barangan kraf dan hiasan dari mutiara. Cuma seperti Pasar Filipina, pastikan anda mempunyai ilmu serba sedikit tentang mutiara, takut-takut anda di tipu penjual.

Kredit: Bani Hassim, Microscopasia, Poytikus