Pasar Seni

Dulu pasar basah. Sekarang tempat cenderamata -- dari key chain ke kain songket.

Kredit : Ikhlasul Amal

Selepas Merdeka, tempat ini sebenarnya sudah cuba diroboh beberapa kali. Tapi setelah pelbagai usaha untuk memusnahkannya tidak berjaya, Central Market atau Pasar Seni ini dijenamakan semula.

Sekarang ia menjadi pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean.

Apa Ada Di Central Market

Bila sudah di sini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata.

Ada kraftangan, barang pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo.

Kalau tak mahu membeli, anda juga boleh duduk menonton tarian tradisional secara percuma di pentas luar Central Market. Cuma, anda kena datang pada masa yang sesuai.

Jika anda datang ke sini dengan perut kosong, ada food court di tingkat atas.

Kaki kek boleh ke Secret Recipe, pengunjung bukan Islam boleh santai-santai di Old Town Kopitiam dan mereka yang mahu layan masakan tradisional Melaka boleh cuba masuk ke Restoran Precious.

Tips:

  • Harga cenderamata di Pasar Seni selalunya lebih tinggi dari harga pasaran. Jangan lupa tawar-menawar, melainkan anda suka bersedekah dengan orang kedai.
  • Kedai kasut di tingkat bawah (lot G-37) adalah milik anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo. Pemiliknya ada dua jenama kasut yang berasaskan batik dan songket.
  • Jalan Petaling cuma 5 minit berjalan kaki dari Central Market. Selalunya sesak pada waktu malam, pasar barangan tiruan ini terkenal dengan jam tangan, kaca mata, minyak wangi dan cakera padat cetak rompak.

laluan kasturi di central market

Laluan Kasturi

  • Lorong Kasturi di tepi Central Market selalunya ada gerai kecil tempat orang luar merasa masakan Malaysia. Lorong ini juga ada gerai-gerai baju, cenderamata dan kraftangan tradisional.
  • Kumpulan Tarian Citrasari selalunya mempersembahkan tarian tradisional Melayu, India atau Cina di pentas Central Market setiap hari Ahad hingga Jumaat pada pukul 9 malam.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami