PD Ostrich Farm

Letih tengok laut dan pasir? Apakata anda lawat ladang Ostrich Farm ini?

Ladang burung kasuari atau burung unta di Port Dickson ini agak popular. Cuma sedikit amaran. Jika anda tidak suka bau busuk atau memang jenis pembersih, tempat sebegini bukan untuk anda.

Bukan apa, oleh kerana ianya mini petting zoo, burung kasuari yang jinak (Patah & Puteri) dibiar berkeliaran. Begitu juga dengan kambing dan ayam. Kalau anda mahu up close and personal dengan haiwan-haiwan ini, ia ideal. Tapi jika anda takut dihampiri binatang berbulu yang berbau, ini bukan tempatnya.

Selain burung kasuari yang sekitar 20 ekor, ada juga arnab, seekor unta, keldai dan kuda kerdil.

Tip Pengunjung

  1. Sebenarnya selain burung kasuari, tempat ini juga ada ATV untuk anda tunggang. Kalau anda datang untuk team-building, ada tempat untuk anda memanah dan beraksi dalam permainan paint-ball
  2. Kalau anda lapar, ada sate burung unta dijual di sini.
  3. Kalau mahu pengalaman sekali seumur hidup, bayar untuk naik ke atas burung unta untuk lumba burung unta.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk1510

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit