PD Waterfront

Kalau anda mahu makan angin di tepi laut dan makan-makan di restoran segera pada malam hari, ini tempatnya.

PD Waterfront ini sebenarnya kawasan bersantai tepi laut yang bakal menjadi tempat utama PD satu hari nanti. Ia belum lagi siap sepenuhnya, tetapi tidak bermakna anda tidak boleh ke sini sekarang.

Apa Yang Boleh Dibuat Di PD Waterfront

Anda boleh berjalan di kawasan pejalan kaki di pesisir pantai. Jika anda datang dengan anak kecil, ada taman permainan kecil di tepi laut. Jika datang petang, ini tempat yang sesuai untuk bermain layang-layang.

Berehat di sini di waktu petang ke senja juga menyeronokkan. Bukan apa, pemandangannya cantik dan kedai makan segera memang banyak di sini. Cakap sahaja — Dominos, Starbucks hinggalah Mcdonalds sudah ada di sini.

Kalau anda mahu berehat di tepi pantai pada waktu malam, sebaik sahaja selepas makan, ini adalah tempat bersantai yang paling selesa di PD.

Harga Tiket

Percuma

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit