Petrosains

Datang ke KL dengan kanak-kanak? Kalau ya, jom bawa semua layan Petrosains KLCC.

keluarga di petrosains klcc

Kawasan pamerannya lebih daripada 70,000 kaki persegi.

Jadi Petrosains ini bukan saja muzium interaktif untuk kanak-kanak paling canggih, tapi juga paling besar dan paling hebat di negara ini.

Bezanya di muzium ini, anda boleh pegang, sentuh dan main kebanyakan bahan pameran. Dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1. Semunya anda boleh buat di bawah satu bumbung.

Satu masa dulu, ada patung dinasor T-Rex yang menyanyi di Petrosains ini. Tak tahulah kalau masih ada lagi sekarang ini.
klcc petrosains

Tips Pada Anda

  • Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
  • Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
  • Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains boleh mengambil masa satu jam.
  • Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas. Dan banyak model interaktif untuk si kecil anda teroka. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.

Harga Tiket Petrosains

Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara20810
Pelancong Asing301815

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami