Pondok Santapan

Kalau anda kata pilihan sarapan yang ada di sini masih belum cukup, anda memang kuat makan.

Gambar : Malaysia.me

Bosan makan mihun pagi-pagi? Apa kata anda terjah Pondok Santapan dan tengok sendiri apa yang menunggu anda.

Kalau anda mahu laksa Johor, ada saja di sini. Roti jala dan lempeng? Tiada masalah. Roti Arab dengan kuah asam pedas? Pun ada.

Belum cukup? Mee siam, lontong kering pun boleh anda cuba. Pendek kata, kalau anda mahu pekena makanan pagi yang sedap dan beraneka, Pondok Sarapan antara tempatnya dalam bandar JB yang mesti anda cuba.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB