Pulau Kapas

Pulau Kapas di Marang, Terengganu ini cukup terkenal dengan pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih.

Ada yang kata nama Pulau Kapas ini disebabkan pasirnya yang putih semacam kapas.

Ada juga yang beritahu yang Pulau Kapas mendapat nama ini disebabkan peristiwa kapal China yang karam. Kononnya kapal Cina yang karam itu muatannya kapas, sampai habis kawasan pulau putih dengan kapas yang bersepah.

Apapun, itu tak penting. Yang pentingnya, ada banyak aktiviti yang boleh anda buat di sini. Anda boleh ber snorkeling, ber scuba diving, berkayak, meredah denai di sekeliling pulau, mencandat sotong ataupun lawan ikan dengan memancing.

Cara Ke Pulau Kapas

Untuk ke Pulau Kapas, naik bot atau feri di Jeti Pulau Kapas.

Jeti ini ada di Marang, Terengganu.

Jaga-jaga ya. Jangan pula anda tertukar dengan satu lagi daerah iaitu Merang, sebab kedua-dua tempat ini letaknya jauh dari satu sama lain. Di Merang pun ada jeti bot. Tapi untuk ke Pulau Redang. Ha! Jangan pergi salah pulau ye?

Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa selama 30 minit.

Apa Yang Menarik Yang Boleh Dibuat Di Pulau Kapas?

1. Snorkeling
Di Pulau Kapas, anda boleh ber-snorkeling sepuas hati. Ini kerana airnya cetek, terumbu karangnya cantik dan airnya jernih.

Tempat snorkeling terbaik di sini adalah kawasan di antara Pulau Kapas dan Pulau Gemia (yang terletak disebelah barat pulau). Selain itu, tempat menarik lain untuk anda terokai ialah di bahagian hujung selatan pulau.

Peralatan snorkeling boleh anda sewa daripada resort tempat anda menginap. Selain peralatan biasa, ada resort yang menawarkan pakej snorkeling dengan bot untuk pergi ke tempat snorkeling yang agak jauh dari kawasan pulau.

Antara spesies laut yang anda boleh anda lihat nanti sewaktu di pulau ini adalah belut laut, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat, puffer fish, angelfish, damsels, nudibranchs serta penyu.

2. Scuba Diving
Tak main la snorkelling? Ya, tak mengapa. Sebab Pulau Kapas juga sesuai untuk mereka yang mahu scuba diving. Salah satu kawasan menyelam yang popular adalah di kawasan kapal Perang Dunia ke-2 yang karam.

3. Jungle Tracking
Kalau anda tidak mahu menyelam, anda boleh sahaja masuk ke hutan Pulau Kapas untuk aktiviti jungle tracking.

Harga Tambang Bot

Dari Jeti Pulau Kapas (Marang) ke Pulau Kapas : RM45 (~$11.03)

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit