Pulau Mamutik

Mamutik kecil dan pantainya landai

pulau mamutik sabah

Kredit : Jan Carolyn

Airnya cetek, jadi untuk snorkeling, memang kurang ideal. Dan disebabkan ia pulau yang paling kecil antara pulau-pulau yang ada di kawasan taman laut ini,ia juga kurang popular.

Tapi disebabkan ia dekat dengan bandar, anda boleh nampak bangunan pekan KK dari sini. Kapal terbang turun naik pun boleh anda tengok.

Dan kalau pulau lain susah untuk anda dapatkan coverage telefon, di sini masih ada signal, terutamanya kalau anda gunakan Celcom.

Makan Minum Di Mamutik

Ada cafe kecil di sini dan kedai runcit jika anda lapar atau dahaga. Tapi ia tidak sebesar di Manukan.

Bawa makanan sendiri lebih baik kerana harga makan minum mahal.

Apa Perlu Anda Bayar Untuk Ke Sini

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Bot Pergi Balik2318
Yuran Jetty7.653.85
Yuran Pulau Warganegara31
Yuran Pulau Pelancong Asing84

NOTA: Yuran pulau & yuran jetty hanya dibayar sekali jika anda ke pulau-pulau lain juga. Untuk lebih jimat, ambil trip bot ke 2-3 pulau sekaligus. Rujuk panduan ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Cara ke Pulau Mamutik

Beli tiket bot ke Pulau Mamutik melalui jeti Jesselton Point.

Harga Trip Bot ke Pulau Mamutik Dari Jeti Jesselton

Dewasa : RM 23 (~$5.63)
Kanak-kanak : RM 18 (~$4.41)

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30pg – 5:00ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit