Pulau Manukan

Pulau Manukan ini pulau paling popular di kalangan pelancong ke Kota Kinabalu.

Kredit: Michael Yoke

Terletak kira-kira 30 minit dari Kota Kinabalu, pulau yang termasuk dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini ada pantai putih yang cukup panjang – iaitu 1.5 km ketika air surut.

Kalau anda baru tiba ke sini, anda pasti terpesona dengan air laut yang cukup jernih jika dibandingkan dengan air laut yang keruh di pantai Semenanjung. Namun begitu, ia sebenarnya tidak sehebat beberapa pulau lain yang ada di Taman Laut ini.

Aktiviti Di Pulau Manukan

Di sini anda boleh mandi-manda dan bermain-main dengan pelbagai jenis ikan yang cukup rajin bermain di pesisir pantai.

Jika anda ingin bermalam, anda boleh menginap di Manukan Island resort yang lengkap dengan kolam renang, restoran dan gelanggang tennis.

Cara ke Manukan

Anda boleh membeli tiket untuk bot ke Pulau Manukan melalui jeti Jesselton Point.

Harga Tiket ke Pulau Manukan

Anda perlu bayar beberapa fee untuk ke sini :-

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Bot Pergi Balik2318
Yuran Jetty7.653.85
Yuran Pulau Warganegara31
Yuran Pulau Pelancong Asing84

NOTA: Yuran pulau & yuran jetty hanya dibayar sekali jika anda ke pulau-pulau lain juga. Untuk lebih jimat, ambil trip bot ke 2-3 pulau sekaligus. Rujuk panduan ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Sampah Sarap di Manukan ?

Jika anda tiba awal, anda mungkin mendapati bahawa airnya kadang-kadang mempunyai sampah-sarap. Sayangnya ianya datang dari pengunjung pulau yang tidak berhemah.

Namun begitu, berita baiknya ialah ada pembersih pantai di Manukan. Jadi anda mungkin perlu tunggu sebentar di tepi pantai sementara menunggu sampah-sarap ini dibersihkan.

Peta Ke Sini