Pulau Redang

Nak berehat sakan? Jom kita ke Pulau Redang.

Dikelilingi 9 buah pulau lain, Pulau Redang ini ada pantai yang cantik.

Dan seronok kalau ikut snorkeling sebab ini juga tempat bersemadi dua buah kapal zaman Perang Dunia ke-2, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse.

Aktiviti & Tempat Menarik Untuk Anda Lawat

Kawasan Pantai
Kalau anda mahu mandi dan berehat, ini pantai yang menarik untuk anda jenguk:

  • Pantai Teluk Dalam
  • Long Beach (Pasir Panjang)
  • Pantai Teluk Kalong

Snorkeling

Tidak sah melancong ke Pulau Redang jika anda tidak ber-snorkeling. Sayangnya, kebanyakan tapak-tapak snorkeling terletak jauh dari pantai. Jadi anda perlu naik bot ke sana.

Ini tapak snorkeling untuk anda cuci mata :

1. Tanjung Tengah Redang – Kalau nasib anda baik, anda boleh terserempak dengan ikan jerung blacktip, orange-striped triggerfish, schooling needlefish, barracuda, sotong serta penyu.

2. Tanjung Mak Cantik – Bukan mak je cantik, tapi ada banyak ikan cantik. Antara spesies yang boleh anda jumpa di sini adalah titan triggerfish, sotong, porcupine fish, giant grouper, kerang, christmas tree corals, ikan pari dan penyu.

3. Taman Laut Redang – Ini dia tapak snorkeling yang popular. Di terumbu karang buatan manusia yang terletak di bawah jeti ini, ada banyak jenis ikan. Antaranya damsel fish, wrass, sergeant major, parrot fish dan trigger fish.

Scuba Diving

Apa? Tak main lah snorkeling?

Ya, okay, okay. Kalau poket anda tebal, jom scuba diving. Antara tempat popular di sini ialah :

1. Tunnel Point – Tapak menyelam ini ada batu bata yang besar macam terowong. Dan anda boleh menyelam melalui terowong tersebut.

2. Tanjung Tokong (North Point) – Di tapak menyelam yang adanya Sea Turtle Research Unit (SEATRU) ini pula, anda ada peluang melihat penyu karah dan penyu hijau. Jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat ikan Yu.

3. Tanjung Gua Kawah – Kawasan ini terletak di bahagian timur Pulau Redang. Tapi ombaknya kuat — tak sesuai untuk penyelam yang baru.

4. Che Isa (Mini Mount) – ini adalah tapak menyelam yang dianggap menarik kerana jika anda menyelam di sini anda boleh melihat ikan scorpion fish yang suka menyamar mengikut warna sekeliling.

5. Mak Cantik (Maxi Mount) – Tapak menyelam ini pula unik kerana ia adalah gunung bawah air. Ha! Awesome kan?

Terjah Hutan

Kalau anda sudah letih dengan laut, anda juga boleh masuk hutan. Bukan apa, sebab Pulau Redang ada paya bakau terbesar di pantai timur. Pulau ini juga ada 16 spesies orkid liar untuk anda jejak.

Bila Waktu Yang Sesuai ke Pulau Redang?

Biasanya, aktiviti di Pulau Redang akan dibuka kepada pelancong dari bulan Mac hingga ke bulan Oktober.

Dan perkhidmatan bot penumpang dihentikan ketika musim tengkujuh. Sebab laut yang bergelora.

Cara Ke Pulau Redang

1. Ikut Jeti Syahbandar
Jeti ini terletak di bandar Kuala Terengganu. Naik bot dari jeti ini ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam.

Harga Tiket Feri : RM110/pergi balik

2. Ikut Jeti Merang

Jeti Merang terletak di utara Kuala Terengganu. Jeti ini lebih dekat jaraknya dengan Pulau Redang. Jarak perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 60 minit.

Cumanya, perjalanan darat berkenderaan dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Harga Tiket Feri : dari RM80/pergi balik

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit