Pulau Sapi

Jom tengok ikan di Pulau Sapi

suasana laut pulau sapi di sabah

Pulau ini sebenarnya termasuk dalam taman laut Tunku Abdul Rahman. Jadi kalau anda mahu ke sini, anda juga sebenarnya boleh ke pulau lain (macam Manukan/Mamutik).

Tapi kalau Manukan terkenal sebab pemandangan, tempat ini pula terkenal sebab banyak ikan. Jadi kalau nak ber snorkelling tepi pantai memang seronok. Banyak ikan!

Cumanya datang awal & pada hari biasa. Sebab pulau ini kecil dan selalu penuh dengan pelancong.

suasana kemudahan awam dan kawasan pesisir pulau sapi di sabah

Cara ke Pulau Sapi

Anda boleh membeli tiket untuk bot ke Pulau Sapi melalui jeti Jesselton Point.

Apa Perlu Anda Bayar Untuk Ke Pulau Sapi?

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Bot Pergi Balik2318
Yuran Jetty7.653.85
Yuran Pulau Warganegara31
Yuran Pulau Pelancong Asing84

NOTA: Yuran pulau & yuran jetty hanya dibayar sekali jika anda ke pulau-pulau lain juga. Untuk lebih jimat, ambil trip bot ke 2-3 pulau sekaligus. Rujuk panduan ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30pg – 5:00ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

jeti pulau sapi di sabah