Pusat Hidupan Liar Matang

Matang Wildlife Center ini terkenal dengan The Great Orang Utan Project -- program yang menerima sukarelawan seluruh dunia untuk membantu memulihara orang utan liar.

Kredit: Tourism Msia, Travelknots

Terletak 35 km dari Kuching, Matang membolehkan anda boleh melihat pelbagai haiwan Borneo yang dirawat dan dalam proses rehabilitasi — dari buaya dan kancil hinggalah kepada haiwan terancam seperti beruang matahari dan burung kenyalang.

Berbeza dengan Semenggoh, di Matang anda boleh menginap di hostel Taman Negara Kubah. Kawasan ini juga jauh lebih besar dari Semenggoh kerana ia termasuk sebahagian dari kawasan taman negara Kubah.

Jika fokus anda ialah ingin melihat orang utan separa liar, pergi ke Semenggoh. Tetapi jika anda ingin menjadi sukarelawan atau tidak kisah melihat haiwan-haiwan ini di dalam kurungan (sebelum dilepas semula ke dalam hutan), Matang adalah salah satu alternatif terbaik di Kuching

Harga Tiket

 Warganegara (RM)Pelancong Asing (RM)
Tiket207

Cara Ke Sini

Sayangnya susah ke sini dengan bas.
Sewa teksi sehala dari Kuching: RM60 (~$14.71)

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit