Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Amat rugi jika anda ke Kuching tetapi tidak mengambil masa untuk melihat ikon negeri ini — si orang utan.

Kredit: Rahaniss

Untuk melihat haiwan terancam ini, anda hanya perlu melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.

Pusat yang dibina pada 1920 ini sebenarnya bukan khusus untuk orang utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar. Tetapi oleh kerana ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini sinonim dengan haiwan itu.

Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.

Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan.

Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.

Penting

Pusat ini ditutup awal. Semua pengunjung diwajibkan keluar dari pusat ini selewat-lewatnya pada pukul 4:45 ptg.

Malangnya ia ditutup pada hujung minggu.

Jika anda datang dengan bas awam, anda perlu berjalan kira-kira 25 minit dari pintu luar sebelum sampai ke tempat makan orang Utan.

Orang utan sangat sensitif dan mungkin mengamuk jika berang. Patuhi arahan pegawai bertugas pada setiap masa.

Harga Tiket

Dewasa : RM10 (~$2.45)

Waktu Operasi

Hujung Minggu/Cuti Awam : Tutup
Isnin – Jumaat : 8:00 pg – 4:45 ptg

Waktu Makan Orang Utan

10:00 pg & 3:00 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit