Puteri Harbour Satellite Clubhouse

Anak kecil anda tak tahan panas Legoland? Jom pergi ke Puteri Harbour Satellite Clubhouse dan layan 2 taman tema berhawa dingin ini.

Kalau anda si bapa, anda mungkin menguap besar. Tapi jika anda anak kecil peminat Bob the Builder atau wanita yang sukakan Hello Kitty, ini mungkin lebih menyeronokkan dari Legoland.

Hello Kitty Town

Bandar Hello Kitty ini adalah bandar pertamanya di luar Jepun. Di sini, anda boleh masuk sendiri ke dunia Hello Kitty — dari bilik Kitty hinggalah ke Secret Closetnya.

Peluang berselfie memang banyak. Dan kalau itu belum cukup, anda juga boleh membuat aksesori wanita anda sendiri atau makan makanan bertemakan Hello Kitty yang pink, pink, pink.

Thomas Town

Untuk anak lelaki di bawah 5 tahun yang biasa dengan Bob the Builder atau Barney, tempat ini bakal buat mereka tersenyum. Kalau di TV mereka hanya boleh melihat Bob, di sini mereka boleh menolong Bob di Bobsville.

Untuk peminat Thomas and Friends dan Pingu — pun tiada masalah. Ada banyak tarikan yang bukan sahaja boleh dilihat, tapi juga dinaiki. Contohnya bumper car!

Lat’s Place

Di sini, tarikannya ialah makanan, sebab ia adalah restoran. Cuma ia bertemakan kartun Lat.

Nota

  • Anda boleh membeli tiket berasingan untuk hanya ke salah satu taman tema ini.
  • Tempat ini hampir dengan Legoland dan ada shuttle ke Legoland dari sini.
  • Tempat ini jauh lebih kecil dari Legoland dan ia seperti sebuah taman permainan dalam dewan berhawa dingin.

Harga Tiket

 Harga Tiket (RM)
Hello Kitty85
Thomas Town85
Kombo: Hello Kitty + Thomas Town125

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB