Melaka River Walk

Jalan-jalan tepi sungai Melaka, ambil angin, tengok bot. Santai je kan?

melaka river walk

Kredit : Khánh Hmoong

Kalau ke Melaka, kasut kena elok dan kaki kena kuat. Sebab bakal banyak berjalan.

Dan antara tempat paling santai berjalan untuk ambil angin, dan tengok budaya dan sejarah Malaysia, ialah di sepanjang sungai Melaka.

Menyusuri kawasan Sungai Melaka berdekatan Jonker St. Kredit : www.flickr.com

Sekarang, laluan pesisir sungai sudah ada kawasan berjalan yang selesa. Dan laluannya pun sampai 9km jauhnya.

Bila malam pun, kebanyakan kawasan ada lampu dan sebab di tepi sungai penuh dengan kafe, terasa selamat.

Anda bakal lalu di kawasan berturap dan kawasan dengan lantai kayu. Dan kalau anda ingin ke seberang, ambil saja jambatan-jambatan yang merentas sungai.

Romantik untuk anda yang datang honeymoon. Free pula tu!

Apa Yang Boleh Dibuat Di Sini

  • Masuk ke kafe tepi sungai, sambil minum jus atau kopi, bila penat berjalan.
  • Kalau anda suka sejarah, anda bakal dapat lihat senibina bangunan lama dan jambatan-jambatan bersejarah yang bermacam warna dan ragam.
  • Bergambar di mural bangunan yang bermacam jenis.
  • Masuk ke kawasan Jonker Walk bila malam. Boleh tengok pasar malam Chinatown di sini.
  • Layan River cruise kalau kaki dah lenguh sangat.

Tips

  • Jalan pada waktu petang ke senja. Kalau pukul 10 pagi ke atas, mandi peluh nanti.
  • Suami kena berani. Sebab kadang-kadang ada biawak berjemur di sini. Tolong halau, jangan awak yang lari dulu pula.
  • Bau sungai ada waktunya buat sakit hidung. Tahan sikit, sebab ini bukan Venice.

Peta Melaka River Walk

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami