Rose Center Cameron

Anda sukakan bunga? Jangan lupa ke Rose Center di Cameron yang terletak di Kea Farm ini.

Kredit: edwardotis

Walaupun namanya pusat ros, anda berpeluang melihat bukan sahaja bunga tersebut, tetapi juga ratusan jenis bunga-bungaan serta sayur-sayuran yang ditanam di kawasan berbukit.

Bergantung kepada musim, anda mungkin dapat melihat pelbagai bunga mekar ataupun bunga layu yang tidak diendahkan kerana kawasannya yang luas.

Tetapi jika anda membuat keputusan untuk datang, panjat anak tangga sehingga ke atas bukit. Anda bakal merasai bukan sahaja kesejukan angin bukit, tetapi juga melihat pemandangan Cameron Highland dari kawasan tanah tinggi.

Tips Pengunjung

1. Tempat ini bercerun dan dipenuhi banyak anak tangga. Jadi ia kurang mesra untuk golongan warga emas atau yang berkerusi roda.

2. Jaga-jaga jika bersama si kecil. Denda untuk mereka yang memetik bunga ialah RM 50

3. Kawasan ini agak kurang terjaga. Kurangkan harapan anda dan anda akan lebih menyukainya.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara53

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit