rumah penghulu abu seman kl

Rumah Penghulu Abu Seman

Nak tengok rumah Melayu tradisional? Ini lokasinya untuk tengok rumah Melayu ori.

Tentang Tarikan Ini :

Dibina pada tahun 1916, rumah penghulu tempatan ini adalah salah satu contoh terbaik kebijaksanaan seni bina Melayu.

Rumah yang dibuat di atas tiang membantu menyelamatkan penghuni dari banjir dan haiwan liar, anjung berfungsi sebagai tempat menyambut tetamu manakala tingkap yang besar membantu angin masuk ke dalam rumah sekaligus mendinginkan rumah dari haba tropika.

Anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai seni bina Melayu ini dengan menyertai Lawatan Rumah Penghulu di Pusat Warisan dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 11 pagi dan 3 petang.

Harga Tiket

Percuma

Lawatan Berpandu

11pg & 3 ptg
Sumbangan minima: RM 10

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

Jomjalan