Rumah Terbalik PD

Dunia sudah terbalik juga di PD rupanya.

Apa Yang Best Di Sini?

Rumah terbalik di Port Dickson ini tempat anda bergambar dan bergelak ketawa dengan ahli keluarga.

Bukan apa, menggayakan pose di tempat perabot rumah terbalik bukan senang. Lagi satu, anda juga boleh berposing keluarkan kepala anda dari mangkuk jamban. Boleh tahan gelak?

Cuma masalahnya, galeri 2 tingkat ini kecil. Jadi bila ramai yang mula masuk, beraksi untuk bergambar akan jadi masalah.

Satu lagi, bukan semua benda di sini terbalik. Sebenarnya sebahagian pameran di sini adalah lukisan 3D. Hanya separuh lagi sahaja yang memuatkan rumah terbalik.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 9mlm

Harga Tiket

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM 20
Kanak-kanak : RM 15

Pelancong Asing
Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 20

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 9mlm