Skybridge KLCC

Walaupun tak bekerja di bangunan KLCC, anda boleh merasa naik jambatan antara dua bangunan ini.

klcc bridge tour

Kredit : Robert M

Jambatan ini sebenarnya antara jalan keluar pekerja di menara KLCC kalau bangunan mereka terbakar atau ada kecemasan besar.

Kalau di tempat lain, tempat menyelamatkan diri ialah di padang atau tempat letak kereta.

Di KLCC, anda lari ikut jambatan ke menara sebelah.

Kalau anda mahu merasai dan melihat sendiri gayat atau tidak berjalan di sini, bolehlah beli tiket Skybridge KLCC ini.

Naik Jambatan SkyBridge

Ya, boleh kalau anda mahu lihat Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC ini. Tak tipu.

Tapi ini beberapa fakta yang anda perlu tahu.

TIKET TERHAD:
Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris/menempah untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.

Tempat mendapatkan tiket ?

  • Beli secara terus di Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.
  • Atau dengan beli online di laman web rasmi mereka.

Alternatif Lain

Jangan menangis kalau tiket habis. Sebab kalau setakat nak rasa tengok KL dari tempat tinggi, anda boleh juga layan Skybox Menara KL.

Harga tiket Skybridge

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara301515
Pelancong Asing853545

Tips & Panduan Pelawat

  • Setiap kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa.
  • Kunjungan boleh dibatalkan / dijadualkan semula dengan notis yang singkat
  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke Skybridge. Nanti habis bersepah, sebab orang Malaysia kan selalu susah cari tong sampah?

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami