SkyRide Festivals Park

Naik belon di SkyRide Festivals Park -- tempat menarik baru Putrajaya untuk 2015.

Dibuka untuk keluarga, Skyrides Park ini ada beberapa tarikan utama :-

Skyrides Balloon

Jika anda ingin menaiki belon udara panas seperti My Balloon Adventure tetapi gayat dan tidak cukup bajet, cuba Skyrides Balloon.

Belon ini akan naik sehingga 150 m ke udara dan anda boleh melihat tarikan utama lain Putrajaya seperti Masjid Terapung dan pejabat Perdana Menteri. Jangan risau. Belon ini tidak akan naik lebih tinggi dari ini lagi sebab ia diikat ke tanah.

Sky Cruise

Gayat sangat naik belon? Tak mengapa, kita cuba pula air. Dengan Sky Cruise anda boleh menaiki bot dan pusing-pusing di keliling tasik Putrajaya. Ada beberapa pakej di sini — dari bersantai ringkas sehinggalah kepada makan malam romantis. Semuanya terpulang pada poket anda sahaja.

Sky Warrior

skywarriors
Kalau anda rasa badan anda cukup sasa, otot anda cukup kuat dan ego anda pun tak kurang tingginya, boleh lah cuba Sky Warrior.

Set ini dibuat seperti set Ninja Warrior mini untuk mereka yang sukakan rancangan TV Jepun itu. Tapi jangan lupa siapkan baju ganti — tak mahu balik macam tikus basah pula nanti.

Sky Kids

Anak-anak anda masih kecil? Belon terapung mungkin kurang sesuai. Tapi masih terdapat tempat untuk mereka bermain. Tempat bernama Sky Kids ini berbayar. Tapi ia masih ideal kalau anda sudah cukup letih dan mahu berehat walaupun sekejap.

Sky Demo & Sky Gallery

Ini tempat kraf untuk anda dan membeli dan melihat demonstrasi pakar membuat barang-barang cenderamata.

NOTA: Walaupun nama-nama di atas dan tarikan lain bermula dengan Sky, hanya belon sahaja berada di udara. Tarikan lain berada di tanah atau di air

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 10 malam

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak(RM)
Skyrides Balloon3830
Skykids-10
Hari Biasa3020

Sky Cruise
Rujuk Cruise Tasik Putrajaya

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit