Skytrex Shah Alam

Nak rasa seronoknya berjalan dari pokok ke pokok? Jom kita terjah Skytrex Adventure.

Ini taman pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan Skytrex Adventure di Taman Botani Negara Shah Alam (40 minit dari KL) ini, anda sudah boleh merentas hutan. Tapi dari pokok ke pokok.

Anda boleh tahu tangkas atau tidak anda diri anda itu. Atau cabar ketakutan anda.

Di sini anda bakal berjalan, merangkak, meluncur dan berayun dengan lebih 20 trek pengembaraan di udara dalam suasana hutan hujan tropika Malaysia.

Kalau budak kecil pun senyum saja, takkan anda geleng-geleng tutup mata?

Harga Tiket

Tiket wajib untuk ke Taman Botani

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga31

Tiket Skytrex

 Masa (Jam)Harga (RM)
Trek Orang Baru (Beginner)240
Trek Biasa (Intermediate)
2.5 - 350
Trek Pakar (Expert)2.5 - 360

Beli tiket di Skytrek online untuk diskaun.

Waktu Operasi

Ditutup Isnin kecuali jika cuti umum/sekolah

Rujuk laman rasmi Skytrek untuk waktu operasi kerana ia berbeza mengikut trek.

Tips Penting

  • Untuk aktiviti hujung minggu, tempah tiket anda dari Skytrex Online. Sebab slot terhad dan tiket selalunya habis cepat.
  • Kanak-kanak bawah 8 tahun (atau 13 tahun dalam litar yang sukar) wajib ditemani oleh seorang dewasa. Nanti meraung atau pokok kan susah.
  • Berat anda mesti kurang dari 100 kg, dan tinggi lebih 1.1m

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit