Spritzer Ecopark

Nak main golf mini 18 lubang dengan anak-anak di kawasan hijau yang aman? Kalau anda di Taiping, ini tempatnya.

spritzer ecopark

Taman golf mini yang berbayar ini ada di taman Spritzer Taiping.

Kalau bermain tak menarik hati anda, tak mengapa. Sebab anda masih boleh shopping kecil-kecilan di kedai mini yang ada cenderamata Spritzer, lepak layan kopi di kedai kopi yang classy atau masuk ke bilik khas yang menceritakan tentang air dan jenama syarikat ini.

Tempat ini nyaman, aman dan ke dalam dari jalan besar. Jadi sesuai untuk anda yang nak berehat.

spritzer ecopark 2
Kalau anda tidak bermain mini golf atau minum kopi di cafe Spritzer yang moden, 20 – 30 minit sahaja sudah cukup untuk dihabiskan di sini.

Masuk Kilang Air Mineral

Nak masuk tengok proses air Spritzer dibotolkan? Boleh. Tapi datang awal dan pastikan anda ada pada masa di bawah.

Waktu Lawatan ke Kilang

Isnin – Jumaat : 11pg & 3ptg
Sabtu : 11 pg

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 9 mlm

Harga Tiket

Free

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit