River Rafting Sungai Kampar

Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak, Sungai Kampar di Perak ini mungkin sudah tidak asing lagi.

Dengan air yang deras dan jeram yang banyak, sungai ini menjadi tumpuan mereka yang suka berakit sejak tahun 2003.

Jika anda pun sukakan aktiviti sebegitu, anda boleh berakit di jeram (white water rafting) — melalui sungai Kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya cukup mencabar hingga anda mungkin tercampak keluar dari rakit.

Di dalam aktiviti sejauh 7km ini (atau 9 km bergantung kepada dalamnya air), anda akan mengendalikan rakit getah menelusuri 14 jeram. Anda juga akan melalui kawasan yang pernah menjadi tempat melombong bijih, bekas empangan dan kawasan yang menjadi tempat tumpuan rama-rama Raja Brooke.

Prosedur

Taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat. Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti.

Cara Menyertai

Terdapat banyak syarikat aksi lasak yang menawarkan pakej berakit di jeram Sungai Kampar. Akan tetapi jika anda ingin bermalam di samping berakit, anda boleh berbuat demikian di My Gopeng Resort. Bagi mereka di luar Perak, beberapa syarikat seperti Oxbold atau Riverbug mungkin menawarkan aktiviti ini dan mereka akan menjemput anda dari bilik hotel di Kuala Lumpur dan menghantar anda pulang selepas tamat aktiviti.

Jika anda menginap di My Gopeng Resort, anda bukan sahaja boleh memilih untuk berakit akan tetapi juga meneroka gua tempurung, merentas hutan pada waktu malam serta menjejak bunga rafflesia. Pendek kata resort ini sesuai untuk aktiviti teambuilding untuk pekerja syarikat dan pelajar.

Harga Berakit

Harga bermula dari RM180 seorang untuk aktiviti berakit selama kira-kira 2 jam.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit