Sunway Lagoon

Jika bercakap taman tema, Sunway Lagoon adalah tempat pertama dalam fikiran ramai.

Kredit: Tourism Malaysia

Taman tema ini bukan sahaja sangat luas, tapi juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan diiktiraf oleh Persatuan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA) sebagai Tarikan Terbaik Asia selama empat tahun berturut-turut (2007 hingga 2010).

Taman tema ini memuatkan pelbagai tarikan untuk anda sekeluarga — anda boleh mandi-manda di bawah matahari tropika di Taman Air, menjerit sekuat-kuat hati di Scream Park, menikmati tunggangan mendebarkan di Amusement Park atau bermain perang olok-olok dengan paintball di Extreme Park.

Kanak-kanak juga boleh mendekati dan memegang haiwan yang dipelihara di Wildlife Park.

Harga Tiket Sunway Lagoon

Kanak-kanak di bawah 90cm tinggi masuk PERCUMA.

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Taman Tema170140140
Pay Per Ride
Bungee Jump 138 (80 dgn MyKad )--
G-Force X64 (32 dgn MyKad )--
Go Kart22-
Bungee Jump & G-Force X Combo 160 (101 dgn MyKad )--
Sewa Locker22--

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit