Sunway Pyramid Ice

Gelanggang Luncur Ais Sunway Pyramid (Sunway Pyramid Ice) adalah gelanggang luncur ais tertutup bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.

Kredit: Sunway

Dibina di dalam Gedung Membeli Belah Sunway Pyramid, gelanggang ini bukan sahaja menarik lebih 15,000 peluncur ais setiap bulan, tetapi juga menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia seperti Skate Asia dan Kejohanan Hoki Ais Dunia.

Untuk mereka yang baru menyarung kasut skate buat kali pertama, terdapat 20 jurulatih tempatan dan asing di sini untuk mengajar teknik meluncur dengan betul. Umur bukan penghalang kerana akademi di sini menerima pelajar seawal empat tahun.

Mereka yang serius dengan sukan luncur ais boleh menyertai Akademi Luncur Ais atau menjadi ahli Kad Skate. Yuran pendaftaran bermula dari RM 50 (~$12.26).

Harga Tiket ke Sunway Pyramid Ice

 Dewasa/ Kanak-Kanak (RM)Ahli (RM)
Hari Biasa2015
Hujung Minggu2520
Cuti Sekolah/Umum2823
Sewa Alatan
Stoking66
Sarung Tangan99

Waktu Operasi

 Waktu Operasi
Hari Biasa10.00 pg – 8.00 mlm
Sabtu9 pg - 9 mlm
Ahad9 pg - 6 ptg
Cuti Sekolah/Umum9 pg - 9 mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit