Suria KLCC

Jangan lupa ke Suria KLCC. Sebab tarikan lain Kuala Lumpur ada di dalam atau dekat dengan kawasan ini.

pelancong di suria klcc kuala lumpur

Ya, kami tak tipu. Selain dari pusat membeli-belah, Suria KLCC juga ada banyak tarikan lain.

Ada galeri seni, pusat penemuan sains interaktif (Petrosains), akuarium laut bertaraf dunia, pawagam 12 skrin sampailah ke dewan konsert klasikal.

Jadi kalau sudah di KL, rugi sangat kalau lupa ke sini.

Nak makan? Makan malam di Suria KLCC memang menarik. Sebabnya ada makanan India, Cina, Melayu, Arab sampailah ke Korea. Kalau bajet rendah, makan di food court. Kalau duit tak habis-habis, ada  restoran mewah untuk anda masuk.

Kalau anda datang dengan orang kurang upaya, warga tua atau ada baby, pinjam kerusi roda atau kereta sorong di kaunter maklumat. Percuma untuk 3 jam pertama.

pelancong di suria klcc kuala lumpur

Tarikan di Suria KLCC

Petrosains Discovery Centre
Ini pusat pembelajaran sains kanak-kanak moden. Letaknya di tingkat 4 Suria KLCC. Nak belajar teknologi petroleum boleh. Nak main kereta lumba kereta Formula 1 pun boleh.

Aquaria
Tengok ikan, penyu, udang. Aquaria boleh diakses dari pusat membeli-belah Suria KLCC melalui terowong bawah tanah ke Pusat Konvensyen KL. Kalau bosan tengok, beli pakej berenang di dalam akuarium laut. Boleh bersemuka terus dengan jerung di sini.

Taman KLCC
Kalau anak anda panas, bawa baju salin, dan layan kolam randuk KLCC. Kalau belum cukup letih, boleh main jonkang jongkit dan buai di taman KLCC yang luas ini.

Dewan Filharmonik Petronas
Dewan konsert ini tempat Orkestra Filharmonik Malaysia. Kalau mahu ke sini, anda kena lalu blok pejabat Menara Berkembar Petronas. Kebanyakan persembahan muzikal di sini selalunya oleh pemuzik luar negara. Sebab kebanyakannya bertaraf dunia.

Galeri Petronas
Saja nak layan seni? Boleh ke sini. Masuk pun percuma.

Kinokuniya
Ini kedai buku Kinokuniya dari Jepun. Memang banyak buku. Yang seronoknya, banyak buku komik manga Jepun di sini.

Pawagam TGV
Pawagam TGV di tingkat 3 ini adalah multipleks TGV terbesar di Kuala Lumpur. Ada 12 skrin dengan 2400 tempat duduk tau.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami