Taman Agroteknologi Mardi

Ada bunga, ada buah, ada kopi. Dan ada juga penginapan lama gaya British di sini.

Apa Yang Best Di Sini?

Tempat ini jauh lebih selesa dari kebanyakan taman bunga Cameron. Full stop.

Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalaupun hujan, anda boleh berteduh.

Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau anda sudah letih melayan bunga dan anggur, anda juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak anda, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.

Cottage Penginapan

Ha! Nak rasa macam residen oreng puteh?

Kalau ya, ada cottage oreng puteh yang boleh anda tempah kalau anda ingin rasa bermalam di taman.

Harga bilik di cottage ini bermula dari RM 250 pada hari biasa. Cuba telefon 05-491 1255 atau 05-491 5945

Sedikit Sejarah Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

Taman ini sebenarnya dibuka penjajah Inggeris pada 1925. Dan mereka gunakan sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh.

Kalau anda suka sejarah, ini sedikit fakta. Pokok teh terawal yang ditanam di Malaya masih boleh dilihat di sini. Kilang memproses teh tertua di Malaysia pun ada di dalam taman.

Cuma walaupun tempat ini masih boleh menghasilkan teh, kawasan kilang kecil ini tidak dipromosi seperti ladang Teh Boh atau Bharat.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31.50
Pelancong Asing53

Waktu Operasi

Tutup Isnin (kecuali cuti sekolah/umum)
Setiap Hari : 9pg – 5 ptg

* Tutup untuk rehat 12:45 – 2 ptg, kecuali cuti sekolah/umum

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit