Taman Buaya Langkawi

Anda mesti tak sangka yang taman buaya terbesar di Malaysia ada di Langkawi kan?

Kredit : Cecil Lee

Ya. Kalau anda ingin tengok buaya — dari telur kepada kepada bapanya, dari hidup kepada matinya, semua ada di sini.

Anda boleh melawat buaya besar si Bujang Kawi (kalau masih hidup). Buaya besar ini istimewa — bukan sebab beratnya yang sama dengan 7 orang lelaki, tapi disebabkan beliau lahir tanpa gigi dan diasingkan dari yang lain.

Kalau ke sini, datang sebelum waktu pertunjukan buaya — sebab itulah tarikan utama di sini.

Nak Shopping Sis?

Pernah tengok kawan anda pakai beg tangan kulit buaya? Ha, di sini, anda pun boleh ada dompet, kasut, tas tangan dan bermacam lagi produk dari kulit buaya.

Harga barang eksotik ini bermula dari RM 150 ke RM 35,000

Waktu Pertunjukan & Makan

Pertunjukan : 11:00 pagi dan 2:45 tengah hari
Makan: 10:30 pagi

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara1812
Pelancong Asing2518

UPDATE 2014: Buaya si Bujang Kawi telah mati. Post mortem mendapati ia makan sampah yang dicampak oleh pengunjung taman. Di dalam perutnya terdapat plastik, wang siling (sebanyak 3 bekas) dan botol kaca.

Aduhai. Apalah masalah orang Malaysia? Kalau ada banyak duit nak dicampak, jangan dicampak ke buaya. Campak ke kami saja.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami