Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka yang dibuka pada tahun 1987 adalah antara tarikan pelancongan Melaka yang agak popular.

Kredit: Alex Montuschi

Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya dari seluruh dunia.

Buaya Malaysia yang boleh anda lihat — buaya Jenjulung dan Tembaga. Dan kalau buaya import, ada March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat.

Dulu-dulu, taman ini hanya memuatkan buaya. Tapi sekarang ia juga ada taman air untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa bawa baju persalinan kalau anda ada anak kecil.

Tips

Oleh kerana buaya termasuk haiwan yang kurang bergerak, trip anda ke sini mungkin terasa seperti melihat patung-patung kaku.

Kami sarankan anda datang pada hujung minggu bermula dari pukul 10:30 pagi. Anda akan sempat melihat sesi memberi makan dan menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya dalam pertunjukan buaya taman ini.

Kereta Lembu

Berdekatan taman buaya terdapat kereta-kereta lembu yang boleh anda naiki.

Waktu Memberi Makan

Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 12 tengah hari & 4 petang

Waktu Pertunjukan Buaya

Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 11:30 pagi & 3:30 petang

Harga Tiket Taman Buaya Melaka

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara
Isnin- Jumaat1511
Hujung Minggu2017
Pelancong Asing
Setiap Hari3333

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami