Taman Burung KL

Taman Burung KL ini tempat anda tengok lebih 3,000 burung dalam habitat semulajadi mereka.

pelancong asing di taman burung kl

Lokasinya di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kawasannya dalam sangkar burung yang dibuat dalam hutan hujan tiruan. Saiznya, 20.9 ekar.

Dan penghuninya — burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

Jangan tak tahu, ini sangkar habitat burung yang terbesar di dunia. Dan sebab ia cukup besar, ia dibahagikan kepada 4 zon.

bergambar dengan burung di taman burung kl

  • Zon 1 dan 2 adalah tempat penerbangan bebas. Di sini burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.
  • Zon 3 ditetapkan sebagai khas sebagai taman enggang.
  • Zon 4 pula tempat kawasan khas untuk pembiakan burung. Di sini juga ada amfiteater — iaitu tempat pertunjukan burung diadakan setiap hari.

Bila sudah ke sini, jangan lupa jenguk ‘superstar’ taman ini.

Antaranya ialah Merak Biru India dengan ekor warna warninya sepanjang 5 kaki, merpati Crowned yang besarnya sudah sebesar ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang hampir tak wujud lagi di dunia dan burung Congo Afrika Grey Parrots — dikenali sebagai spesies nuri yang paling pandai di dunia.

Tips

  • Tiada mesin ATM di sekitar kawasan ini. Bawa wang tunai yang cukup untuk cenderamata, minuman dan teksi.
  • Walaupun burung di sini mungkin kelihatan jinak, ia masih haiwan liar dan bukan seperti kucing rumah anda. Mereka mungkin mematuk tanpa amaran.
  • Ambil gambar burung semasa mereka diberi makan. Spesies yang bersembunyi di kanopi hutan hanya akan muncul pada waktu ini.

Harga Tiket Taman Burung

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2713
Pelancong Asing5041

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

susana kolam air di taman burung kl

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami