Taman Cabaran Putrajaya

Badan lenguh-lenguh sebab asyik duduk di office? Jom kerah badan, kerah keringat di Taman Cabaran Putrajaya ini.

Kredit gambar : Expatgo, PinkBike

Kalau mahu peluh sikit, anda boleh berjogging. Kalau mahu tambah lagi peluh, randuk hutan dengan basikal mountain bike anda atau main BMX di litar ekstrimnya. Kalau nak bagi urat otot semua terkejut, tarikan utama yang patut anda cuba ialah wall climbing.

Jangan risau. Ada beberapa jenis dinding dalam dewan yang boleh anda pilih. Dari yang mudah untuk anda yang baru mencuba, sampailah ke dinding sukar setinggi beberapa tingkat yang memerlukan tali.

Instruktor, tali dan kasut sewa ada disediakan. Jadi jangan beri alasan tidak cukup kelengkapan memanjat. Yang belum cukup mungkin semangat saja kan?

Tips Pengunjung

  1. Tempat ini agak terpencil. Anda digalakkan membawa kenderaan sendiri.
  2. Basikal BMX juga boleh disewa.

Harga Tiket Wall Climb

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Wall Climb63
Tali1515
Harness55
Kasut Memanjat77
Beg Kapur33

Harga Tiket Mountain Bike Trail

Percuma

Harga Tiket Skate Board Park

Percuma

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit