Taman Negara Bako

Jika anda termasuk dalam golongan yang sukakan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk ke Taman Negara Bako yang letaknya 37 km dari Kuching.

Kredit: Tourism Malaysia

Taman Negara ini yang terkecil di Asia Tenggara. Tapi, disebabkan ia yang tertua di Sarawak, ia ada hampir semua spesis tumbuhan Borneo.

Nak tengok binatang liar? Tak ada masalah, sebab anda boleh berjumpa babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo) sampailah ke 150 spesies burung yang pernah dilihat di sini.

Bukan itu saja. Anda juga akan dapat melihat laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau di dalam satu taman negara. Ha! Amacam?

Ada 16 laluan denai di sini. Pilih trek ikut masa atau daya upaya anda ya?

Yang penting, badan cergas, kasut sesuai, dan sanggup kena gigit nyamuk.

Cara ke Taman Negara Bako

Dari Kuching anda perlu ke jeti Bako (dekat pasar Bako) dengan teksi/bas/minivan.

Dari jeti Bako ini, anda perlu naik bot. Trip bot ke Taman Negara Bako akan mengambil masa 30 minit.

Tips Pengunjung

Pakai kasut sukan yang selesa dan sediakan baju ganti. Sediakan beg zip lock untuk pastikan gajet dan telefon anda kekal kering.

Ada chalet di Taman Negara Bako jika anda ingin tidur di sini. Walaubagaimanapun, penginapannya asas ya? Janganlah harap chalet 5 bintang macam Tanah Aina pula.

Sewaan bot ke Bako dikira untuk 1 bot. Anda perlu berkongsi/menunggu sehingga ada 4 penumpang jika ingin berjimat.

Oleh kerana treknya melalui denai dan kawasan berbukit yang curam, Bako mungkin kurang sesuai untuk anak-anak di bawah 12 tahun. Lainlah kalau mereka memang cergas dan suka aktivi hutan yang lasak, basah dan mengotorkan baju.

Harga Tiket

 Warganegara (RM)Pelancong Asing (RM)
Tambang Bot3040
Tiket Taman1020

Waktu Operasi Pejabat

Sabtu, Ahad : Tutup
Isnin – Jumaat : 8:00 pg ke 5:00 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit