Taman Orkid Kuching

Jika anda sukakan bunga Orkid, jangan lepaskan peluang mengunjungi Taman Orkid yang terletak di seberang Kuching Waterfront ini.

Kredit: Mysarawak2

Yang menariknya, untuk melihat lebih 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak. Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.

Antara yang menjadi tarikan di sini termasuklah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia.

Namun begitu, oleh kerana orkid berbunga mengikut musim, anda mungkin kecewa jika datang pada waktu orkid-orkid ini tidak berbunga. Dan oleh kerana kurang teduhan, datang awal agar anda dapat melihat kesemuanya tanpa diganggu panas matahari.

Tetapi yang baiknya, sewaktu maklumat ini ditulis, masuk adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mengambil gambar-gambar di sini.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Tutup pada hari Isnin
Selasa – Ahad : 9:30 pg ke 6:00 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit