Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Terengganu memang terkenal dengan pantai, tetapi itu bukan bermakna ia tiada zoo.

Kredit: Steventan

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini terletak di Bukit Takal, iaitu 14 km dari dari bandar Chukai. Ia adalah zoo pertama di Terengganu dan telah dibuka pada tahun 2009, dengan haiwan-haiwan dipelihara dalam kawasan seluas 54 hektar.

Menariknya, zoo ini menggabungkan taman buah-buahan, taman herba semulajadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai, taman rekreasi air dan mini zoo di dalam satu tempat.

zoo kemaman

Aktiviti Menarik di Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

Antara tarikan utama di taman ini adalah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Terjun dan Akuarium. Selain itu, anda boleh menunggang gajah, menaiki tren untuk mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

1. Mini Zoo Kemaman
Di zoo ini anda boleh melihat harimau, singa, gajah, beruang, landak, ular sawa, rusa, kancil dan ikan naga (arapaima gigas).

Selain itu anda juga boleh melihat pelbagai spesies burung seperti burung unta, kasawari, emu, nuri, merak dan cenderawasih.

2. River Cruise (Kelip-kelip)
Jika Singapura ada Safari Cruise, Zoo ini pun begitu. Cuma bezanya anda akan menyusuri Sungai Yah sambil melihat cahaya semulajadi dari kelip-kelip.

3. Jambatan Gantung
Jika anda tidak gayat dan tidak takut dengan ketinggian, anda boleh cuba berjalan di atas jambatan gantung. Tapi awas. Panjangnya sejauh 1.2 km.

4. Taman Tema Air
Ia bukan taman tema besar. Tapi di taman tema air ini anda boleh berseronok dengan gelongsor air. Jika anda mahu berehat, anda juga boleh hanya duduk sambil melihat air terjun buatan yang menarik.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Zoo107
Zoo + Taman Tema Air2515

Waktu Operasi

Waktu Operasi River Cruise (Kelip-Kelip)
Setiap Hari : 8.00 mlm – 10.00 mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit