Taman Rekreasi Gunung Lang

Letih pandu kereta ke utara? Singgah berehat sekejap di Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi ini sangat dekat dengan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan ke Ipoh.

Jadi kalau anda ada sedikit masa dan anak-anak sudah mula merengek bosan, apa kata regangkan sedikit otot dan ambil 30 minit untuk berehat di sini.

Apa Yang Ada Di Sini?

Tempat ini sebenarnya satu taman rekreasi kecil yang santai. Untuk anak-anak ada tempat permainan untuk mereka, dan untuk anda, ada bot yang boleh membawa anda merentas tasik ke tanah kecil di seberang tempat ini.

Untuk anak-anak yang kali pertama di sini, kalau tidak dapat menaiki bot, ikan-ikan bersaiz cukup besar di bawah platform kayu pun sudah sepatutnya menyeronokkan mereka.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit