Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu ini adalah taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia.

Jika anda meminati seni rekabentuk serta kebudayaan Islam, serta tidak kisah dengan harga tiket yang tinggi, taman ini mungkin tempat bersiar-siar yang sesuai untuk anda.

Di kawasan ini terdapat 21 buah monumen yang dibina mengikut skala dari 1:1.7 hingga 1:22 berbanding dengan saiz bangunan asal. Hampir 70% proses pembinaan adalah hasil air tangan anak tempatan, dan hanya sedikit sahaja yanga menggunakan kepakaran luar negara.

Berikut adalah monumen-monumen yang boleh anda temui di sini:-

1. Masjid Abu Nasr Pasra dari Afghanistan
2. Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi
3. Masjidil Haram dari Arab Saudi
4. Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunie
5. Masjid Xian dari China
6. Taj Mahal dari India
7. Masjid Kuddus Mina dari Indonesia
8. Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran
9. Masjid Besar Samara dari Iraq
10. Masjid Negara dari Malaysia
11. Masjid Mohamed Ali dari Mesir
12. Masjid Besar Agadez dari Nigeria
13. Masjid Badashi dari Pakistan
14. Kusah As Sakhra dari Palestine
15. Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Russia
16. Masjid Al Hambra dari Sepanyol
17. Masjid Alepo Citadel dari Syria
18. Masjid Pusat Petani dari Thailand
19. Masjid Qairawan dari Tunisia
20. Tugu Kompleks Suleyman dari Turki
21. Menara Kalyan dai Uzbekistan

Nota Pengunjung

Sebenarnya kawasan ini terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu zon awam serta zon taman monumen.

Di zon awam anda tidak perlu membayar tiket, dan anda boleh melawat ke Masjid Kristal. Anda hanya perlu membayar tiket jika anda ingin ke taman monumen.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Taman Monumen + River Cruise3525

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 10pg – 7mlm
Jumaat, Hujung Minggu & Cuti : 9pg – 7mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit