Taman Tasik Taiping

Tidak sah ke Taiping kalau anda tidak melalui Taman Tasik Taiping.

Kredit: Warna-nostalgiaKamisayangalamsekitar

Taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong bijih timah di waktu zaman British dan ditukar menjadi taman awam pertama di Malaysia pada tahun 1880. Bukan itu saja, tetapi dengan keluasan 64 hektar, taman ini juga adalah taman terbesar di Malaysia.

Sedihnya, tidak banyak aktiviti yang boleh anda buat di sini. Tetapi, jika anda cuma mahu bersiar-siar, taman yang dipenuhi dengan pohon angsana dan 10 tasik ini adalah tempat tepat untuk anda mengambil angin petang.

Tarikan Berdekatan

Di taman ini juga terdapat rumah-rumah zaman kolonial yang menempatkan rumah Setiausaha kepada Residen. Selain itu, taman ini juga menempatkan Zoo Taiping dan hampir dengan Bukit Larut.

Sejarah Taman Tasik Taiping

Kawasan tanah ini asalnya dimiliki oleh Chung Thye Phin – imigran Cina yang juga kapitan Cina terakhir di Malaya. Setelah kematiannya, anak kepada lelaki terkaya di Pulau Pinang ini mendermakan tanah ini untuk dijadikan taman awam.

Landskap taman ini direka oleh warga British, Charles Compton. Hasil idea beliau, keunikan taman ini sering menjadi tulisan ramai warga Britain yang melawat Malaya. Pendek kata ramai yang memuji taman ini kerana suasana sebegini tidak dapat dinikmati di England.

Harga Tiket

Percuma

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit